Sunday, July 10, 2011

Anwar gagal lagi: Ezam

UTUSAN memetik Ezam Mohd Noor-"Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal apabila matlamatnya untuk mengumpulkan ratusan ribu peserta menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini jauh meleset daripada sasaran".

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, matlamat pemimpin pembangkang itu ialah untuk menimbulkan keadaan huru-hara sehingga melumpuhkan negara supaya beliau terlepas daripada dakwaan kes liwat.

Tambahnya, sebagai seorang yang pernah mengetuai perhimpunan seperti itu, beliau cukup masak dengan agenda sebenar di sebalik Bersih kerana skrip dan matlamatnya tetap sama walaupun jenama berbeza.

"Saya terus berdoa mereka yang diperalatkan hari ini diberi pertunjuk seperti mana Allah berikan petunjuk kepada saya, siapa dan apa agenda manusia ini,'' katanya.

No comments:

Blog Archive