Sunday, July 10, 2011

Ambiga BERJAYA Himpun Hanya MELAYU

JELAS HIMPUNAN Bersih semalam dimonopoli oleh kaum MELAYU. Bohong kalau tiada kaum lain, tetapi jumlahnya tidak signifikan.

Penganjur BERSIH mensasarkan lokasi Stadium Merdeka untuk berhimpun, namun disebabkan tiada kebenaran berhimpun di tempat itu, maka pihak polis melakukan sekatan.

Pihak polis dari awal-awal lagi melarang berhimpun di kawasan Kuala Lumpur, sebaliknya KELULUSAN SEGERA akan diberi jika berhimpun di luar Bandar raya, namun Pengerusi Penganjurnya AMBIGA berdegil, tetap mahu berhimpun di Stadium Merdeka.

Pemaksaaan pihak Penganjur tidak kesampaian, sebaliknya mereka mensasarkan beberapa lokasi untuk berkumpul. Tempat-tempat yang menjadi sasaran mereka semalam adalah-Hentian PUDURAYA, Hentian KL SENTRAL, di samping tempat berdekatan seperti Bagunan Dayabumi, Pasar Seni, Masjid Jamek, Masjid Negara, KLCC, Kg Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Disebabkan sekatan pihak Polis, di mana 91 individu termasuk para penganjur dilarang masuk KL antara pukul 8 pagi-5 petang 9 Julai, seterusnya kebanyakan jalan ditutup menjelang tengah malam 8 Julai; maka peserta Himpunan menggunakan taktik kucing-kucingan, dengan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Tujuan bergerak dalam kumpulan kecil-kecilan agar kelihatan bahawa HIMPUNAN Bersih meraih sokongan.

Sebelum Himpunan, Anwar mengumumkan akan menggerakan 300ribu penyokongnya,demikian juga PAS. Namun, dengan alasan sekatan daripada pasukan Keselamtan, maka himpunan itu mungkin berjaya mengumpul antara 10-12ribu.

Himpunan kali ini, kita juga menyaksikan berlakunya kematian. Kematian bukan kerana kecederaan akan tetapi akibat sesak nafas, kerana terhidu gas pemedih mata.

Melalui Himpunan ini juga, kita menyaksikan bahawa ANWAR sempat berlakon, seolah-olah Ketua Pembangkang tersebut tercedera, dan minta dimasukkan ke Hospital.

Selain itu, kita juga menyaksikan melalui himpunan kali ini seramai 1401 peserta ditahan pihak polis, termasuk Ambiga, Haji Hadi Awang, Khairy Jamaluddin-Ibrahim Ali tidak ditahan kerana NO SHOW bersama SAM Ketot-Ketua AMK.

Himpunan Pembangkang melalui Bersih kali ini mendapat liputan media asing dengan menyiarkan perkara jelek terhadap kerajaan dan pihak polis. Namun media-media asing tersebut tidak menyentuhpun penemuan-penemuan senjata-senjata merbahaya seperti Bom Molotov, senjata tajam, peluru hidup dan bahan pembuat letupan.

Bagi AYT, walaupun Himpunan bersih berjaya berhimpun tetapi niat mereka tidak kesampaian. Mereka gagal menghimpun 300ribu perserta, mereka gagal menghantar memorandum kepada Agong. Pencapaian mereka adalah berjaya menganggu perniagaan sekitar Bandar raya dan menyebabkan kematian salah seorang penyokong mereka.

Kesiap siagaan pihak polis menangani penunjukkan perasaan, perlu diberi "high Five" dan tahniah.

No comments:

Blog Archive