Saturday, May 14, 2011

Wan Azizah masih pertahan: Lelaki dalam video itu bukan Anwar

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi melahirkan kekecewaan kerana masih ada pihak yang terus mengaitkan lelaki dalam video seks, yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga memberitahu beliau dikecam oleh pelbagai pihak sehingga ada yang menyuruhnya agar mencari suami lain.

“Saya kenal siapa suami saya... tengok badan pun saya tahu. Takkanlah saya tak kenal dia. Itu (lelaki dalam video) bukan suami saya.

“Ada yang suruh saya cari suami lain dan bercerai dengan Anwar. Cerai itu memang dibolehkan tetapi ia tidak disukai Allah dan saya sendiri tidak suka,” kata beliau lagi.

Selain itu, beliau juga berkata, video seks yang disebarkan itu, yang difahamkan kini boleh didapati dalam benuk CD.Malah, sedutan rakaman itu disebarkan menerusi Internet sebelum ini.

“Datuk T” mempertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu. Berhubung dengan video seks tersebut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks itu adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS).Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa si pelaku dalam video itu.

No comments:

Blog Archive