Latest News

Fatwa terbaru Nik Aziz: Tuduh Anwar Tak masuk syurga

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” katanya dalam kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

April lalu, Nik Aziz ketika ditanya pemberita di Kediaman Rasminya, di JKR 10, dekat sini, mengenai video itu, beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T'.

0 Response to "Fatwa terbaru Nik Aziz: Tuduh Anwar Tak masuk syurga"

Blog Archive