Latest News

Huru-hara dalam negara-anasir komunis terlibat: Perkasa

Presiden Perkasa-Ibrahim Ali mendakwa anasir komunis telah menyusup masuk melalui NGO, badan-badan agama serta parti politik dalam negara ini bertujuan mengujudkan hura-hara dalam negara.

Memetik laporan Utusan Malaysia bahawa sekumpulan paderi tempatan dan asing berkumpul di sebuah hotel di Pulau Pinang, berikar menggantikan agama islam sebagai agama rasmi negara dan seterusnya melantik Perdana Menteri yang beragama kristian.

Laporan Utusan tersebut bersumber daripada tulisan dua blog marahku.blogspot.com dan bigdogdotcom.wordpress.com

Tujuan anasir komunis tersebut adalah agar perpaduan kaum yang selama ini wujud di negara ini tergugat. Kegagalan komunis bertapak di negara ini, kerana terbentur kepada kuatnya pegangan agama rakyat negara ini, sehingga fahaman komunis sukar menembusnya. Pihak PKM telah membubarkan perjuangan parti itu pada tahun 1989 dan seterusnya meletakan senjata mereka.

Berasaskan keadaan semasa, terutama pada PRN Sarawak, pihak DAP mengapi-apikan bahawa kerajaan BN adalah anti kristian. Walaupun dakwaan tersebut sangat sensitif, hingga kini belum ada siasatan atau tangkapan yang dibuat walaupun tuduhan seumpama itu boleh merosakan kesefahman antara agama dalam negara.

Namun apabila Utusan membuat laporan bahawa DAP menjadi dalang untuk menggantikan agama rasmi negara daripada islam kepada kristian, Utusan pula menjadi sasaran dan seterusnya menuduh Umno gagal mengawal akhbar miliknya tersebut. Malah pemimpin DAP beranggapan dengan laporan Utusan tersebut, media milik Umno tersebut telah membakar 1Malaysia.

Bukan sahaja pihak DAP yang membidas Utusan, malah pemimpin Pas menggelar laporan Utusan tersebut adalah laporan melampau.

Seharusnya pihak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri di mana PDRM adalah salah satu agensi di bawahnya, tidak perlu membiarkan perkara ini berlarutan, kerana semakin membiarkannya, maka ianya akan menjadi barah tahap akhir.

KDN jangan fikir soal sokongan rakyat terhadap parti politik, sebaliknnya perlu memikirkan soal keharmonian dalam negara. Tindakan awal amat perlu. Biarlah tindakan tersebut tidak popular, namun dapat menyelamatkan sebuah negara berdaulat.

Sementara itu pihak Perkasa memberi masa dua minggu kepada KDN untuk menyiasat laporan Utusan tersebut, apa kah ada kebenarnya atau sebaliknya. Kepada KDN jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang!!!

0 Response to "Huru-hara dalam negara-anasir komunis terlibat: Perkasa"

Blog archive