Sunday, May 08, 2011

Perpecahan kaum sangat tebal ketika ini: Tun M

Tahun 1999 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi BN, kerana isu mata lebam dan pemecatan Anwar Ibrahim pada September 1998, sebagai Timbalan Perdana Menteri juga daripada Umno.

Namun pada PRU tersebut, BN masih mampu mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Pada masa itu, sesetengah kaum melayu telah mengundi Pembangkang kerana protes akibat pemeceatan Anwar. Namun, kaum cina menyokong BN, bukan kerana apa, sokongan kaum cina, adalah berasaskan kejayaan kerajaan mengatasi krisis kewangan pada masa itu. Malah, ramai kalangan peniaga kaum cina sangat berterima kasih kepada usaha kerajaan dalam menyelematkan perniagaan mereka.

Pada PRU-12 yang lalu, BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, atas sebab kelemahan kepimpinan negara. Rakyat telah memberikan mandat yang sangat kuat pada PRU-2004, namun kerajaan gagal menterjemahkan sokongan tersebut; atas sebab itu pada PRU-12 pada tahun 2008, rakyat menghukum barisan nasional, sehingga kehilangan Pulau Pinag, Kedah, Selangor dan Perak dan seterusnya mempertahankan Kelantan.

Tun Mahathir berpendapat, kerajaan belum perlu mengadakan pilianraya tahun ini, atas sebab; beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat yang hampir mencapai kemuncak.

Bagaimanapun PRU tergantung kepada Perdana Menteri-DS Najib.

Kerajaan masih mempunyai masa, dan eloklah PRU diadakan setidak-tidaknya pada tahun 2012" demikian kata Tun M.

No comments:

Blog Archive