Anwar Bersongkok semula.
Anwar ingatkan Najib jangan bongkak, kerana selepas PRU-13 akan Datang PM ke-6 itu akan menjadi Ketua Pembangkang.Anwar berkata demikian di Marang Terengganu bagi mengulas kenyataan Najib yang mahukan Umno-BN Selangor menggunakan segala "senjata" yang ada untuk merampas Selangor daripada kerajaan Pakatan pada Pru-13 akan datang.
Anwar malah mengolok-olok istilah "rampas" yang digunakan Najib- dengan mengatakan-rampas isteri orang-rampas Perak.
Anwar berkata bahawa pada Pru-13 akan datang, bukan sahaja PR mempertahankan kerusi parlimen yang ada, malah akan menambah 1 di pulau Pinang,Terengganu 3-4 Kerusi, Perak tambah 3 kerusi,Selangor tambah 2 kerusi dan Sarawak boleh tambah antara 10-11 kerusi. Dengan pertambahan tersebut, maka Anwar berkata Pakatan boleh merampas Putrajaya dengan majoriti mudah. Jumlah kerusi yang diperlukan bagi majoriti mudah adalah 112 Kerusi.
Anwar malah mencelah perkataan mimpi- Pakatan tidak bermimpi katanya-buktinya gabungan tiga parti tersebut berjaya merampas pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan pernah merampas Terengganu dan terus mempertahankan Kelantan.
Bagi AYT, determinasi Anwar tersebut merupakan cabaran kepada para pemimpin Umno dan BN. Tidak boleh lambat dan gopoh lagi, bahawa semua faktor yang berakibat penolakan rakyat terhadap BN pada PRU-12 lalu perlu dilangsaikan, untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN dan Umno.
Dengar dekup jantung rakyat, medan yang boleh digunakan pada masa ini adalah mesyuarat Umno yang sedang racak diadakan. Sifat menganggap serbatau perlu dikikis jauh-jauh, sikap "boss" "tauke" "dewa" perlu dilempar jauh-jauh. Sifat arogant yang pernah melekat pada setengah pemimpin Umno dan BN perlu tiada lagi, kerana faktor inilah yang berakibat rakyat marah dan protes.
No comments:
Post a Comment