Saturday, May 07, 2011

Agama islam terancam di negara ini


Para mubaligh agama kristian begitu aktif sekarang ini. Mereka mengenal siapa sasaran mereka. Mereka membuat leaflet membandingkan antara Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa (Jesus Crist). Mereka menguntip surah-surah atau ayat-ayat dalam Al-Qu'ran dan Injil. Mereka menunjukkan bahawa terdapat maksud yang sama. Cuma mereka menekankan bahawa Tuhan menjanjikan bahawa Nabi Isa adalah penyelamat kepada umat manusia, apabila senjakala ditiup aka kiamat. Mereka, menekankan, sebab itu orang islam beriman kepada Nabi Isa, namun kristin tidak diperintah beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Mereka memutar belit kepercayaan mereka yang selama ini menganggap Nabi Isa mati di atas salib, sebaliknya mereka "ikut" untuk sementara bahawa Nabi Isa itu diangkat ke langit dan sebenarnya tidak mati. Nabi Isa atau Jesus berada di syurga dan pada suatu masa Nabi Isa akan turun ke bumi untuk menghapus semua dosa-dosa manusia dan menjadi juru selamat. Pada ajaran kristian, Nabi Isa disalib adalah untuk menebus dosa-dosa manusia, oleh kerana itu, sesiapa yang percaya dan menerima Yesus Kristus, maka terhapuslah dosa-dosanya. Dalam leaflet mereka, mereka memperagakan berbagai individu yang sebelumnya individu-indivudu yang telah berputus asa, baik dari segi ekonomi, sakit dan bermacam-macam penyakit, termasuk kanser dan sebagainya. Mereka mengutip pengakuan daripada berbagai individu tersebut, dan kononnya apabila mereka-mereka itu menerima Yesus Kristus, maka masalah, penyakit dan sebagainya semua sirna. Mereka berdakwah, bahawa bercakap dengan Yesus Kristus sama dengan bercakap dengan teman atau kawan, kerana Yesus itu kononnya boleh mendengar apa sahaja dalam hati manusia, kerana Yesus itu adalah Tuhan aka Allah. Mereka, mengatakan bahawa tiada manusia dilahirkan tanpa percantuman airmani lelaki dan wanita, kecuali Yesus kristus melalui mariam. Sebenarnya, menurut mereka, Tuhan atau Allah menjelmakan dirinya menjadi manusia, itulah Yesus kristus. Bagi mereka yang kurang memahami agama, maka dengan lojiknya akan terpengaruh dengan muslihat mereka itu. Mereka mempertikai, kenapa Allah mejelmakan manusia melalui Mariam, dan kemudian bergelar Nabi Isa?. Mereka juga memetik kuasa Tuhan atau Allah sepertimana disebut dalam Al-Qu'ran seperti "KUN Fa Ya Kun". Para mubligh kristian sekarang ini, adalah mereka yang fasih membaca Al_Qu'ran dan malah sebelum ini mereka adalah beragama islam dan bergelar ustaz. AYT pernah terjumpa individu tersebut, dan kebanyakkannya pernah belajar di Indoensia, fasih berbahasa melayu dan mengaku orang melayu. Namun, pengelaman AYT di Indonesia selama 5 tahun, mereka-mereka itu bukanlah melayu berasal daripada Malaysia, namun melayu yang berasal daripada Indonesia. Cabaran kepada agama islam-Malaysia bukan sahaja berpunca daripada kaum lain, namun kaum melayu itu sendiri. Untuk itu berwaspadalah.

No comments:

Blog Archive