Latest News

Suriati lawan Taib-Ibarat semut lawan gajah

Pertarungan di DUN Balingian pada PRN Sarawak kali ini, buat pertama kali Taib yang berkuasa hampir 30 tahun itu berhadapan dengan cabaran 3 penjuru. Selain cabaran PKR yang diwakili oleh Suriati Abdullah-peniaga kedai runcit tetapi juga oleh calon bebas- Salleh Jafaruddin, sepupu Taib.

Tetapi yang menarik pada pertandingan ini adalah keberanian Suriti melawan Taib; ibarat kata bidalan seperti semut melawan gajah.

AYT teringat pada pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1985-apabila Datuk Harris Salleh Ketua Menteri Sabah yang paling berkuasa masa itu, kecundang kapada seorang calon- Kadoh Agundung-statusnya sama dengan Suriati.. tidak ternama dan tidak dikenali. Kadoh menjadi "giant killer" ketika itu apabila dengan mudah mengalahkan Datuk Harris. Akan berulang kah sejarah itu pada Taib?

0 Response to "Suriati lawan Taib-Ibarat semut lawan gajah"

Blog archive