Thursday, April 07, 2011

Di sebalik isu Deepak-Altantuya-Rosmah

Disebabkan skandal sex Anwar Ibrahim sukar untuk ditutup lagi, maka pencacai-pencacai Anwar seperti Badrul hisham Shahrin (AMT PKR) dan RPK (blogger Malaysia today)terpaksa memutar isu lama yang diperbaharui untuk mengalih pandang isu sebenar yang melanda Anwar.

Isu lama yang diputar semula adalah isu Sipejual Karpet Deepak Jaikishan. Deepak sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia di Puncak Cahaya Shah Alam oleh penyiasat bebas P Balasubramnaim (Bala); Bala kini menjadi pelarian di United Kingdom.

Pada 3 Mac lalu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi-Kuala Lumpur oleh Badrul yang mendakwa syarikat Deepak Carpet Raya Sdn Bhd telah mendapat jualan sebanyak RM 122 juta dengan keuntungan RM7 juta. Menurut Badrul, adalah tidak munasabah, syarikat yang hanya menjual carpet boleh mendapat jualan Rm122 juta dengan masa yang singkat.

Tahun lepas Bala mengatakan bahawa melalui perantaran Deepaklah dia menarik balik surat akaun bersumpah yang mengaitkan pembunuhan Altanuya dengan DS NaJIB.

Sementara itu RPK menulis dalam Malaysia Today di bawah tajuk " Carpetman,bagman, toy boy has been bagged" telah mengaitkan Deepak dengan Rosmah. Menurut RPK, Deepak telah menjaja- bahawa dia mempunyai hubungan yang amat sulit dengan Rosmah termasuk "berkongksi tempat tidur". Namun, dakwaan RPK itu, telah dinafikan oleh Deepak semalam. Deepak dalam pengakuannya, memang dia mengenali DS Najib dan Rosmah sejak 7 tahun lalu, apabila pasangan itu datang ke premis perniangaannya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Malah, Deepak mengakui, dia menganggap Rosmah sebagai Kakak.

Bagi AYT moral kepada tulisan baru RPK tersebut, tiada lain adalah untuk mengalih pandang isu terkini yang melanda Anwar, terutama isu rakaman Video Sex yang membabitkan Anwar dan seorang wanita cina.

Klip video itu telah tersebar di internet dan boleh dimuatturun di Youtube bebeberapa hari lalu, namun kini klip tersebut telah dihapus.

No comments:

Blog Archive