Latest News

Sidang Media Anwar Panas: Anwar maki wartawan

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu,Nurul Izzah,Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.

Anwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan memberi keterangan berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.Ini kali kedua Anwar memberi kenyataan berhubung perkara berkenaan selepas kali pertama pada 22 Mac lalu.Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa ??" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang menanyakan soalan berkenaan. Media adalah perkakas Umno murahan,"herdiknya lagi. Peguamnya,Sivarasa kemudiannya berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu. Bagaimanapun,beliau tidak menyifatkan soalan berkenaan bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan (incriminating) berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah. Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya. Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan kes ini. sumber disini

0 Response to "Sidang Media Anwar Panas: Anwar maki wartawan"

Blog Archive