Thursday, April 28, 2011

Anwar kepada wartawan wanita: Jangan biadap dengan saya!

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kepada polis di Balai polis Dang Wangi berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

"TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

"(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

"Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya)," katanya.

No comments:

Blog Archive