Seorang pemimpin PKR negeri dan seorang wanita dikenakan tuduhan menerima RM50,000 sebagai rasuah untuk membolehkan seorang lelaki dikurniakan pingat negeri Kelantan yang membawa gelaran “Datuk”.
Ketua cabang Rantau Panjang Datuk Mohammad Agos Mohd Noor dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Nor Azimah Jamaludin pula dicaj di bawah Seksyen 16(a)(A) akta yang sama.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa kedua-dua tertuduh menerima RM50,000 sebagai bayaran untuk membolehkan lelaki terbabit dikurniakan Dato’ D’Raja daripada Persatuan Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus, Kelantan.

No comments:
Post a Comment