Anwar tiba diperkarangan mahkamah ditemani isterinya Wan Azizah dan Setiusaha Agong PKR Saifuddin Nasution.
Mahkamah hari ini akan mendengar permohonan Anwar bicara dalam bicara yang berkaitan dengan barangan bukti yang diperolehi melalui lokap di mana Anwar ditahan pada 16-17 Julai 2008 lalu.
Apa kah Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar permohonan ini akan membenarkannya? Jika permohonan itu dibenarkan, maka Anwar akan menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut.
Peguam Anwar, Karpal Singh mempertikaikan cara mendapatkan barangan bukti daripada lokap Anwar, kerana menurutnya perkara itu tidak adil bagi kliennya.
Barangan bukti tersebut adalah sebatang berus gigi berwarna putih, sebotol air cactus, sehelai tuala good morning dan sehelai rambut. Semua barangan tersebut, kecuali rambut didapati terdapat DNA yang sepadan dengan DNA yang didapati daripada anus Saiful.
Sebelum ini seorang pakar kimia Nor Aidora Saedon berkata berasaskan analisisnya terhadap barangan bukti tersebut, ianya konsisten dengan penemuan DNA pada rektal Saiful sepertimana temuan Dr Seah-seorang lagi pakar kimia.
Anwar menghadapi tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
Jika sabit kesalahan Anwar boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Hingga kini Anwar menafikan tuduhan tersebut.

No comments:
Post a Comment