Latest News

KULI guna nama Allah-menafikan dakwaan mengenai dirinya dalam-A Doctor In The House

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

“Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

“Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang,” kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, “saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu.”

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai “Ku Li”, membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

“Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

“Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya,” katanya lagi.

0 Response to "KULI guna nama Allah-menafikan dakwaan mengenai dirinya dalam-A Doctor In The House"

Blog Archive