Tuesday, February 22, 2011

Sodomi II: DNA Lelaki Y bukan berpunca daripada Air Mani

Terma:Ekstrak bukan sperma berasal daripada sel-sel badan yang lain selain daripada sperma.

Perbicaraan semalam-Peguambela Anwar Ramkarpal Singh mendakwa bahawa air mani yang ditemui di bahagian atas rektal Saiful ada kemungkinan air mani Saiful sendiri, namun demikian dakwaan itu bukanlah punca penemuan DNA lelaki Y yang ditemui dalam rektal Saiful.

DNA lelaki Y adalah berpunca daripada Ekstrak-bukan air mani.

Pada perbicaraan semalam-identiti lelaki Y masih misteri, atas sebab pakar kimia Dr Seah tidak dibekalkan dengan sampel perbandingan-selain sampel daripada pengadu-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr. Seah Lay Hong, 52, dari Jabatan Kimia berkata, ini kerana beliau hanya menerima sampel tompokan darah milik Mohd. Saiful Bukhari sebagai perbandingan profil DNA dan tiada sampel lain diperoleh untuk analisis yang dijalankannya.

Dalam analisis DNA tersebut, saintis forensik wanita itu yang merupakan saksi pendakwa kelima memberitahu, beliau hanya mengesan DNA pengadu, penyumbang profil DNA Lelaki Y dan seorang lagi penyumbang lelaki.

Lay Hong menyambung keterangan dalam pemeriksaan balas pada perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu yang berusia 26 tahun.

Kejadian didakwa berlaku di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini dilaporkan enggan memberikan sampel darah atau sebarang bahagian tubuh badan beliau kepada pihak polis untuk dijadikan sampel perbandingan bagi tujuan profil DNA.

Dalam keterangannya pada Khamis lalu, Lay Hong berkata, profil DNA Lelaki Y itu ditemui di bahagian dalam dubur dan permukaan dubur pengadu. Profil DNA Lelaki Y juga ditemui di seluar dalam kelabu milik Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam pemeriksaan balas tersebut, Ram Karpal yang juga anak peguam Karpal Singh turut menimbulkan persoalan berhubung wujud beberapa profil DNA lain berdasarkan peratusan 'allele' yang didakwa tidak direkodkan dalam laporan kimia yang disediakan oleh Lay Hong.

Ia membabitkan satu profil DNA di bahagian bawah salur dubur dan di seluar panjang hitam milik Mohd. Saiful Bukhari.

Ram Karpal mendakwa, laporan kimia tersebut tidak menggambarkan sebagaimana yang ditunjukkan melalui graf elektropherogram kerana hanya sebahagian sahaja penemuan direkodkan oleh ahli kimia berkenaan.

Saksi itu bagaimanapun tidak memberi jawapan terhadap soalan berkenaan.

Menjawab soalan lain, Lay Hong tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau gagal mematuhi piawaian antarabangsa ketika menyediakan laporan kimia berhubung ujian DNA yang dilakukannya.

Jelas saksi tersebut, apa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Genetik Forensik itu hanya merupakan cadangan dan ia bukannya satu-satunya garis panduan yang seharusnya diikuti oleh beliau.

Walaupun mengakui tidak mematuhi garis panduan dalam jurnal persatuan yang turut dianggotai oleh beliau, saksi itu menafikan bahawa beliau telah bertindak berat sebelah dan tidak adil semasa menyediakan laporan tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan air mani, Lay Hong menyatakan, tidak semestinya kesan air mani pada seluar dalam akan melekat pada seluar panjang yang dipakai oleh Mohd. Saiful Bukhari.

Ini kerana, katanya, jenis kain akan mempengaruhi sama ada kesan air mani pada seluar dalam akan berpindah pada seluar panjang.

Bagaimanapun, sekiranya jenis kain tersebut membenarkan perpindahan sedemikian, maka wujud kemungkinan seluar dalam dan seluar panjang itu mempunyai kesan yang sama selain membawa unsur DNA Lelaki Y pada kedua-dua pakaian terbabit.

Saksi itu juga enggan memberi sebarang jawapan sama ada bersetuju atau sebaliknya bahawa kesan air mani sepatutnya boleh dilihat pada seluar dalam Levi's warna kelabu mangsa kerana ia satu hipotesis semata-mata.

Beliau menafikan kehadiran air mani mangsa di dalam dubur pemuda itu sendiri kerana walaupun analisis pada calitan kapas bertanda B8 (bahagian atas dalam dubur) menunjukkan kehadiran DNA mangsa lebih banyak berbanding Lelaki Y tetapi ia berada pada kategori ekstrak bukan sperma.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung.

No comments:

Blog Archive