Monday, February 21, 2011

Benarkah Air Mani di rektal Saiful itu air maninya sendiri???

Jika benarlah bahawa air mani yang dijumpai pada rektal/jubur Saiful itu adalah milik Saiful sendiri, maka kita sebenarnya menyaksikan satu perbicaraan PENIPUAN TERBESAR DALAM ABAD INI.

Dalam perbicaraan petang tadi Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

Setakat ini pakar kimia Dr seah belum mengetahui siapa lelaki Y itu, memandangkan belum ada sampel yang diberikan kepadanya sebagai perbandingan.

Siapakah Lelaki Y itu? Anwar kah atau lelaki lain?.

Hujah peguam Anwar Ramkarpal Singh mengesyorkan kepada Dr Seah bahawa profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Dakwaan peguam Anwar itu adalah satu kejutan-kerana selama ini, sangkaan awal bahawa air mani yang diswab daripada rektal Saiful itu adalah air mani Anwar.

No comments:

Blog Archive