Monday, February 28, 2011

Selamat kah DUN Kerdau bagi BN?

Memang tidak dinafikan bahawa sokongan padu penorka Felda dan Felca (Faktor 3+1) kepada BN adalah penyumbang kepada kemenangan pada setiap pilihanraya.

Pada PRU-12 majoriti BN sebanyak 1615, 1300 undi daripadanya adalah sumbangan Felda 22, 23 dan 25. dan Felca Makmur.

Pada PRU-12 BN mendapat undi 4135 daripada 6655 pengundi yang turun mengundi (78.8%) daripada keseluruhan 8451. Jumlah undi popular Bn adalah 62 peratus, manakala PAS mendapat undi popular 38 peratus.

DUN Kerdau adalah kawasan majoriti melayu yang mewakili 89 peratus daripada 8999 jumlah pengundi yang berdaftar, selebihnya adalah pengundi cina (505) dan lain-lain termasuk orang asli 484 pengundi.

Gugusan Felda Kerdau mempunyai 3721 pengundi berdaftar atau mewakili 41.35 peratus jumlah pengundi yang berdaftar. Berdasarkan rekod- 72 peratus pengundi Felda adalah penyokong dan mengundi BN, jika ini dapat dipertahan pada pengundian 6 Mac depan, maka dengan mudah BN telah ada pengundi simpanan seramai 2138 undi. Trend pengundian biasanya antara 78-80 peratus. Jika cuaca baik pada 6 Mac, maka jumlah pengundi yang diperkiirakan akan menunaikan kewajiban mereka adalah seramai 7200 pengundi. Separuh daripada undi ini adalah 3600. Disebabkan undi simpanan BN telah ada seramai 2138, maka BN hanya perlu mendapat undi diluar Felda seramai 1463 untuk menang dengan majoriti mudah.

Melihat perkiraan di atas kertas-tidaklah sukar bagi BN mengekalkan DUn Kerdau, apatah lagi-kunjungan Perdana Menteri seharian semalam di DUN Kerdau dan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit untuk pembangunan di kawasan itu-menambah impak lagi kepada sokongan pengundi kepada calon BN.

Jika sebelum penamaan calon pada 26 Febaruari lalu, calon Pas yang mencuba untuk kedua kalinya Hassaundin Salim, mengatakan-bahawa satu kejutan akan berlaku di Kerdau-mungkin menjadi gimik politik bagi parti Pas.

Bagi calon PAS, kemenangan Pas pada kawasan majoriti melayu ini adalah penanda aras tumbangnya Putrajaya.

Selain itu, jika benarlah berlaku, bahawa BN kecundang, ianya satu isyarat, kesan dan cukup bermakna yang mendalam terhadap perjalanan politik Pahang khasnya dan nasional amnya.

No comments:

Blog Archive