Saturday, February 19, 2011

Ramainya tetamu Khalid hingga perlu 100 bilik hotel

Ramainya tetamu Khalid Ibrahim-hingga perlu tempah 100 bilik hotel. Tetamu Khalid itu adalah perwakilan PKR daripada Sabah dan Sarawak.

Syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) terpaksa menampung bayaran bilik hotel berjumlah RM80,500-demikian kata Noh Omar-berikut dengan bukti-bukti invois dan resit sekali.

Setaiusaha Politik Khalid Ibrahim Fakeah Husin-berkata membayar kos bilik Hotel tetamuu Khalid adalah amalan biasa MBI, atas sebab itu Kerajaan Selangor tidak gentar-termasuk disiasat oleh SPRM.

Tetamu Khalid itu menurut Fakeah kebetulan datang sempena Kongres PKR di Petaling Jaya penghujung tahun lalu. Walaupun mereka datang untuk menghadiri kongres tetapi secara kebetulan mereka juga tetamu Menteri Besar-oleh kerana itu MBI mestilah tanggung bayaran bilik hotel.Demikianlah intisari penjelasan Fakeah. Sementara itu Malaysianinsider melaporkan-Khalid Ibrahim membisu apabila diajukan mengenai perbelanjaan bayaran 100 bilik hotel di PJ itu.

Seronoknya menjadi tetamu Khalid- Semua tanggung beres!!!

No comments:

Blog Archive