Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz hina raja-raja: Lambang keris punca kebencian

Agaknya Bila Nik Aziz buang lambang keris pada bendera ni
Tulisan Malaysiakini 'Ketuanan Melayu berkeris timbulkan kebencian' adalah satu penghinaan kepada raja-raja Melayu. Keris merupakan lambang kepada raja-raja melayu di negara ini. Peranan keris pada raja-raja melayu sangat penting, kerana ianya satu regila semasa pertabalan.

Keris memberi pelbagai makna dan nilai simbolisme seperti;

● Lambang kepahlawanan (ketangkasan bermain senjata, kejantanan, keperwiraan, ketinggian seni mempertahan diri). Keris lambang kepahlawanan dipanggil keris pahlawan.

● Lambang kesaktian (menjaga roh tuan, menunduk musuh). Keris jenis ini dipanggil keris sakti yang mempunyai kuasa supertabii seperti menjaga tuannya dan keluarga, meninggalkan tempat bila membunuh musuh, melayang dalam pertarungan serta pelbagai keupayaan lagi.

● Lambang darjat dan status (bila diberi sebagai persalinan khas atau diguna sebagai keris pakaian). Anugerah raja-raja kepada rakyat biasa atau bangsawan yang berjasa lazimnya merupakan persalinan atau keris serta persalinan dan keris. Keriskeris anugerah ini ditempa khas, mempunyai sifat-sifat khas keris sakti dan paling menariknya mempunyai nama individu. Umum sudah maklum dengan keris Taming Sari yang menentukan kalah-menang pertarungan klasik Jebat-Tuah.

● Lambang ketaatan (taat kepada Raja yang memerintah, orang tua, ikatan keluarga, petempatan sosial). Aspek ketaatan orang Melayu kepada raja-rajanya adalah ciri unik mereka, sehingga timbulnya konsep ‘derhaka’ dalam kosmologi Melayu. Ketaatan orang Melayu bukan sahaja tertumpu kepada raja tetapi kepada adat, orang tua, ikatan keluarga dan kepada budaya. Aspek ketaatan ini serasi dengan konsep ketaatan dalam agama dan pemimpin dalam Islam. Ikatan keluarga memberi tempat seorang individu dalam miliu orang Melayu, tanpanya berlaku dislokasi sosial yang mengeliru dan meminggirkan.

● Lambang keterkuasaan (wibawa, daerah kuasa). Keris merupakan antara regalia penting pertabalan raja-raja Melayu. Keris diRaja atau keris pertabalan tersebut menandakan daerah kuasa, lazimnya dilafaz ‘teluk dan tanah jajahan’ bila raja-raja mengangkat sumpah pertabalan.

● Lambang penawar (dan juga racun dan pembawa penyakit serta tuju). Bentuk dan fungsi keris sebagai penjaga tuan serta azimat budaya kepada orang Melayu dieksploitasi oleh pawang dahulu kala (dan mungkin masih digunakan) sebagai penghalau makhlus halus yang menggangu. Keris sedemikian dilakukan upacara amal untuk mengeluarkan serta mengekalkan sifat penawar dan keefikasiannya. Bahan bikin bilah, besi juga dianggap penawar. Mantra menyeru sifat khas besi bilah lazimnya memanggil roh besi ‘khursani’ bilah keris yang dipercayai magis dan mujarab.Besi ‘khursani’ ini boleh kita andaikan besi(sebenarnya keluli) dari Khorasan (Transoxiana) yang didagang pedagang Khorasan dan digunakan orang Nusantara membikin bilah senjata, bukan sahaja keris tetapi kelewang, badek dan pedang.Orang Islam Arab dan Transoxiana sudah pun menguasai teknologi membikin keluli untuk senjata bilah lebih awal dari orang Nusantara, lantas anggapan keunggulan besi dagangan khorasan oleh orang tempatan.

● Lambang diri, lebih-lebih lagi untuk raja atau orang bangsawan (digunakan untuk mengganti diri).Raja boleh menghantar keris pada raja asal sebagai pengganti diri. Pengantin lelaki juga boleh menghantar keris kepada pihak wanita pengganti diri lebih-lebih lagi jika pengantin wanita lebih rendah statusnya.

Kata Nik Aziz seperti dipetik Malaysiakini "Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat".Dipetik di Malaysiakini disini

No comments:

Blog Archive