Rakyat Mesir bangkit-apabila Hosni Mubrak (80) mempersiapkan anaknya Gamal Mubarak mengambil alih sebagai Ketua Kerajaan dan Pemimpin Parti Demokrat apabila Mubarak melepaskan jawatan Presidennya.
Pembangkangan terhadap pemerintahan Mubarak yang tercetus sejak 25 Januari lalu melalui tunjuk perasaan, kini menjadi keganasan, terutama di Tahrir Square, yang memasuki hhari ke-13, bukan sahaja melumpuhkan perekonomin negara itu, malah beratus ribu warga asing telah meninggalkan negara bergolak itu.
Malaysia tidak ketinggalan mengeluarkan warganya yang berada di Mesir samada pelajar, kakitangan kedutaan atau mereka yang berkerja di Mesir.
Awal pagi ini, TV CNN melaporkan bahawa Mubarak telahpun meletakan jawatan, demikian juga anaknya Gamal, telah melepaskan jawatan dalam parti pemerintah. Dengan perletakan Gamal, ertinya peluang untuknya menggantikan ayahnya sebagai Presiden telah tertutup. Walaubagaimanapun, Mubarak masih sebagai ketua Kerajaan, bagai memperlancar transisi pertukaran kuasa yang ditaja oleh Amerika.
Kalau di Mesir, apabila ayah mempersiapkan anaknya menggantikannya, maka rakyat marah, akan tetapi ddi Malaysia tidak. Anwar awal-awal lagi mengatakan bahawa Nurul Izzah bakal menggantikannya, atas sebab itu dalam kepimpinan PKR kini, ayah-ibu-anak merupakan kepimpinan tertinggi parti,demikian juga DAP: Ayah-anak-menantu, kenapa ada sahaja rakyat Malaysia menyokongnya? Malah Para pemimpin Pas memberi sokongan.

No comments:
Post a Comment