Sunday, February 06, 2011

Gelombang Merah-Program Tawan Kelantan

Sebelum PRU-11 BN Terengganu di bawah kepimpinan Idris Jusoh melancarkan gelombang biru untu menawan Terengganu daripada Pas. Pas berjaya meenawan Terengganu pada pada PRU-10 (1999), kerana rakyat Terengganu marah kepada MB masa itu Tan Sri Mohktar.

Benar juga-Gelombang Biru itu berjaya merampas semula kerajaan Terengganu pada tahun 2004 dan berjaya diperatahankan pada tahun 2008, melalui ketua yang sama-Datuk Sri Idris Jusoh. Idris kini-bukan lagi MB Terengganu-kerana satu kemelut telah berlaku-sehinggakan beliau digantikan oleh Ahmad Said. Ahmad Said adalah MB Terengganu hingga kini.

Melihat kejayaan gelombang biru itu dan mengambil iktibar kepada kejayaan PRK Galas-maka gelombang merah dilancarkan.

Gelombang merah-sebenarnya mengambil pendekatan wanita Umno-yang menggunakan pakaian merah-semasa menjalankan kempen-kempen pilihanraya.

Kejayaan BAJU MERAH Umno itu telah terbukti ampuh dalam memporak perandakan cengkaman pembangkang. Gerakan Baju Merah telah terbukti di semua PRK dan terakhir di PRK Tenang-Labis-Johor.

Dalam projek GM ini Umno akan memberi tumpuan kepada penngundi muda. Bilangan pengundi muda mengatasi pengundi warga emas di Kelantan. Adalah dianggarkan sekitar 400,000 pengundi muda di Kelantan. Golongan inilah yang menjadi sasaran GM.

Umno/BN Kelantan telah mengadakan pendekatan secara intensif terhadap pengundi muda ini. Perjuampaan dengan agen pengundi muda dilakukan setiap dua bulan sekali di Kuala Lumpur. Perjumpaan terbaru ialah di quarters Mustapa Mohamad di Bukit Tunku.

No comments:

Blog Archive