Ketua PKR Sabah yang dilantik bulan lalu oleh Wan Azizah, Presiden PKR berikutan kemelut yang melanda PKR Sabah terutama kerana perbalahan antara kumpulan Dr Jeffrey Kitingan dan Ansari Abdullah.
Pajudin dilantik kononnya untuk merapatkan antara dua pemimpin PKR itu, kerana dikatakan Pajudin adalah pemimpin yang tidak bepihak.
Pajudin adalah bekas exco Pemuda PKR Pusat, dan sebelum menyertai PKR pada tahun 1999, dia adalah seorang kakitangan JHEAINS (Jabatan hal ehwal agama islam sabah). Pajudin berkelulusan al-hafiz, atas sebab itu dipanggil ustaz.
Apabila Pajuddin dilantik ke jawatan Ketua PKR Sabah, bagi menggantikan Ahmad Tamrin Zaini, bukannya dapat menyelesaikan kemelut dalaman PKR, malah parti itu semakin kalut. 18 Ketua Cabang menolaknya daripada 24 cabang.
Kepimpinan Pajudin tidak diterima, mungkin atas sebab itu, dia tiada pilihan selain keluar daripada parti itu.
Sebenarnya, samada Pajudin terus bergiat dalam PKR, secara politik ianya tidak akan mempengaruhi perjalanan politik Sabah, atas sebab Pajudin itu adalah seorang yang beragama islam dan bumiputera islam.
Di Sabah, secara kasarnya majoriti bumiputera beragama islam masih di belakang Umno atau BN.
Keadaan di Sabah kini, pergerakan yang boleh menganggu gugat keupayaan Sabah untuk memberikan kerusi maksima-akan terbentur di kawasan kaum cina dan bumiputera bukan islam. Jika Jeffery, masih sebagai pemimpin PKR, ada kemungkinan dua atau tiga kerusi majoriti Kadazan-Dusun-Murut akan hilang daripada genggaman BN.
Pada PRU-13 akan datang, AYT cukup yakin bahawa semua kerusi UMNO akan dapat dipertahankan, manakala kerusi komponen parti terutama-calon-calon PBS dan LDP kemungkinan ada dua tiga kerusi akan berjaya di tawan oleh pihak pembangkang.
Kemasukan Pajudin ke dalam Bn atau Umno, sebenarnya tidak membawa apa-apa riak, lainlah, kalau Dr Jeffery atau Cristina liew yang menyertai Bn.

No comments:
Post a Comment