Thursday, February 03, 2011

Polis rompak RM20,000 milik wanita hamil sebelum menggarinya

Seorang wanita hamil lapan bulan bernama Chow Soo Meng (gambar) telah membuat laporan polis akibat perbuatan "Polis" berpakaian awam menyerangnya dan merompaknya bertempat di kedainya di Sungai Buloh isnin lalu.

Soo Meng dalam laporannya mengatakan pihak polis tersebut (seramai 10 orang) telah mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin, termasuk wang tunai RM20,000" kata Chow dalam laporan polisnya.

Dalam laporannya juga yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.

Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya jangan buat isu atau hadapi risiko ditahan semula.

Soo Meng berkata, pada hari kejadian dia telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 petang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.

Di sana, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.

"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," katanya

No comments:

Blog Archive