Thursday, February 03, 2011

Istimewanya Malaysia

Di negara lain-peluang pelajar memasuki perguruan tinggi memang terbuka luas-asal pelajar itu berkampuan. Demikian juga di negara kita-sesiapa sahaja boleh kemenara gading asal kemampuan.

Namun majoriti pelajar negara ini tidak mempunyai peluang itu-kerana kehidupan ibu bapa mereka yang belum mampu menghantar setiap anak ke menara gading.

Namun semuanya bukan penghalang-kebijaksaan kerajaan yang ada mengwujudkan tabung yang dinamakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Tabung ini terbuka kepada setiap pelajar negara ini-tanpa mengira kaum.

Tahun ini PTPTN memperuntukkan RM5.8 bilion untuk pinjaman kepada pelajar ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata pada tahun lepas PTPTN memberikan pinjaman lebih RM4 bilion kepada 210,000 pelajar.

Ismail berkata sejak ditubuhkan pada 1997, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM24 bilion kepada 1.3 juta pelajar pelbagai kaum.

Katanya sehingga akhir tahun lepas, hanya RM2.3 bilion bayaran balik berjaya dikutip walaupun pelbagai peringatan dibuat kepada peminjam.

Generasi muda sebenarnya patut berterima kasih kepada kerajaan-kerana tanpa inisiatif kerajaan peluang seumpama ini tidak akan diperolehi.

No comments:

Blog Archive