Thursday, February 10, 2011

Ops Lalang: Kenyataan Tun Mahathir Benar- Tun Haniff Omar

Cabaran Lim Kit Siang kepada Tun Mahathir untuk mendedahkan pemimpin mana yang dijanjikannya bahawa tidak akan ditangkap ekoran pergolakan pada tahun 1987 kini terjawab, Tun Haniff Omar Bekas Ketua Polis Negara mengatakan bahawa Ops Lalang pada 27 Oktiober 1987 adalah tindakan sepenuhnya oleh pihak polis. Tun Dr Mahathir yang pada masa itu adalah Persana Menteri  merangkap menteri Dalam Negeri-sebenarnya menentang operasi itu- Demikian penjelasan Tun Haniff. Hanif (gambar) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.Ops Lalang ada tindakan polis-berasaskan keadaan semasa ketika itu. Polis mempunyai tanggungjawab untuk membentuk elemen yang boleh menimbulkan hura hara-atas sebab itu Ops Lalang adalah pilihan masa itu-kata Tun Haniff omar.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate.

Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi mendatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir.Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.

Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri.

Meskipun kebanyakan tahanan dalam Ops Lalang dibebaskan sama ada dengan bersyarat ataupun tanpa syarat, 40 daripada mereka dikenakan tahanan lanjut dua tahun, termasuk setiausaha agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang and timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh.

Hanif juga menafikan tangkapan itu bermotifkan politik ataupun pihak polis bertindak kerana tekanan politik."Pasukan polis tidak bertindak atas desakan politik,” katanya.

No comments:

Blog Archive