Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.
Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel yang ditandai DNA lelaki Y yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Di samping itu, satu sampel DNA sama juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.
Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.
Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka akan menyoal balas Seah hari ini.
Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Karpal yang mengetuai pembelaan membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti. Kerana carta itu dijana oleh komputer.

No comments:
Post a Comment