Mukhriz Tun Mahathir dipetik BERNAMA berkata Penubuhan portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam oleh Lim Guan Eng adalah taktik parti itu untuk menarik undi rakyat bukan islam.
Beliau berkata setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda disebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.
Mukhriz mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Rabu.
"Penubuhan portfolio ini nampaknya seolah-olah menggambarkan bahawa selama ini masyarakat Malaysia yang beragama selain agama Islam berada dalam keadaan yang tertindas, walhal kita tahu itu langsung tidak berlaku," katanya.
Mukhriz berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain juga bebas dianuti oleh warganegara Malaysia kecuali yang beragama Islam.
"Jadi, apabila ditubuhkan portfolio baru (ini), ia seolah-olah satu usaha untuk menghina raja jika dipandang berdasarkan aspek itu," katanya.
Katanya beliau juga ingin tahu jika diwujudkan portfolio begitu, adakah itu bermaksud nanti akan ada peruntukan dan sebagainya yang melibatkan bajet untuk kegunaan mereka.
"Saya rasakan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan kita cuba memahami apa sebenarnya di sebalik keputusan tersebut," katanya.-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment