Berikut adalah paparan Blogger RBF. AYT petik tanpa edit. Sayang jika demikian keadaan jentera BN seperti mana yang digambarkan oleh blogger itu-AYT juga rasa demikian. DI Sibu-Sarawak bukti nyata apabila juru kempen BN "Out do" oleh jentera Pembangkang.
AYT hanya memantau dari jauh-tidak tahu keadaan sebenar di lapangan. Sayang kalau BN kalah.
PRK Tenang adalah kayu pengukur baik bagi BN mahupun Pembangkang. Jika PAS menang-alamat malapetaka akan melanda BN-mengingatkan Johor adalah Simpanan Tetap BN selain Sabah.
Sepertimana rakan RBF kata-masih ada tersisa tiga hari tempoh berkempen-rebutlah peluang-ALL OUT.
Hari ini sudah lima hari tempoh kempen berjalan. Bakinya hanya tinggal tiga hari lagi.
Mampukah BN menang dengan majoriti sepertimana yang disuarakan oleh PM dan TPM ?
Saya tidak mahu syok sendiri atau cuba menyatakan yang baik-baik sahaja. Saya akan memberi pandangan dengan sebenar-benarnya berdasarkan apa yang saya lihat.
Sebelum penamaan calon dan pada hari pertama kempen jika kita lihat diatas kertas, nampak seperti BN akan menang mudah. Itu pada ketika itu, dan jika anda tanya saya pada hari ini, saya akan jawab bukan senang untuk BN menang. Jangan salah anggap, bukan sukar untuk dapat majoriti 5 ribu, tetapi sukar untuk menang.
Saya melihat cara berkempen BN di sini lebih kurang cara berkempen di Sibu. Jentera kempen BN kelihatan selesa, mungkin kerana menjangkakan mereka akan menang dengan mudah. Ini berbeza dengan jentera kempen Pas yang kelihatan semakin kuat bekerja.
Petang semalam semasa saya sedang minum di gerai depan sekolah cina Labis, kelihatan jentera-jentera kempen Pas begitu agresif sekali bergerak mengedar risalah-risalah serta surat khabar cina sambil membawa loud haler memaklumkan lokasi-lokasi ceramah Pas.
Menurut peniaga di situ, dalam tempoh satu jam tiga kali mereka pusing tempat itu dan memaklumkan tentang program Pas. Saya tanya balik tuan kedai tersebut, orang BN berapa kali pusing seperti itu dan dijawabnya tak pernah ada sekali pun.
Itu adalah salah satu contoh.
Tidak boleh dinafikan sokongan kepada Pas nampak semakin meningkat terutamanya di kalangan pengundi cina. Semakin hari kehadiran mereka di ceramah-ceramah ajuran Pas atau DAP semakin meningkat.
Pengundi melayu pula susah untuk diramalkan. Setakat ini kelebihan boleh dikatakan berpihak kepada BN. Walaupun sokongan lebih kepada BN ianya tidak menjamin kemenangan kerana pengundi melayu hanya 47 .54 %.
Dipendekkan cerita, jangan terkejut sekiranya Pas mampu lakukan kejutan di Tenang, seperti apa yang terjadi di Sibu.
Kalau BN rasa nak menang, peluang masih ada. Semua jentera kempen harus 'all out' dalam tempoh bekempen yang berbaki tiga hari lagi, dan jangan hanya berharap pada wanita Umno sahaja. Jangan terlalu selesa sangat dan harus buang cara berpolitik lama. Sekarang zaman telah berubah, jangan lagi ingat sesiapa sahaja calon asalkan mewakili BN maka dia akan menang.

No comments:
Post a Comment