Sunday, January 09, 2011

Perjumpaan dengan Najib- Penumpuhan PRU-13 :Tan Sri Pairin

Perjumpaan para MP BN dengan Perdana Menteri semalam-adalah salah satu persiapan pilihanraya Umum ke-13 demikian menurut wakil rakyat Keningau Tan Sri Pairin Kitingan. Pairin adalah juga ADUN Tambunan-Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Perbincangan antara wakil rakyat bersama PM adalah untuk mengenal pasti masalah rakyat serta mengenal pasti kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Perjumpaan seperti itu merupakan kaedah terbaik-kerana merupakan kaedah timbal balik antara pucuk pimpinan dan wakil rakyat.

Perjumpaan itu juga merupakan perjumpaan "update" kepada PM tentang masalah-masalah dan keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Perjumpaan itu merupakan input terakhir kepada PM sebelum mengambil keputusan membubarkan dewan rakyat untuk membolehkan PRU-13 diadakan. PRU-13 perlu diadakan sebelum Julai 2013.

No comments:

Blog Archive