Kerajaan persekutuan telah akur bahawa satu Suruhanjaya Siastan Diraja (SSD) bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock akan ditubuhkan.
Walaupun berbagai pihak mendesak agar SSD tidak perlu ditubuhkan, namun pendirian dan keputusan DS Najib sebagai ketua kerjaan perlu dihormati.
Dalam dalam membuat keputusan tersebut mungkin ada pertimbangan tertentu dan "bukannya" atas dasar desakan parti pembangkang.
Mereka yang menentang penubuhan SSD itu bukan kerana apa- Penubuhan SSD itu dikhuatirkan akan menjadi medan oleh parti poltik pembangkang mendapat modal politik-sama lah melalui penubuhan inkues yang telah kita ketahui keputusannya pada 5/1/11 yang lalu.
Inkues yang sepatutnya berakhir beberapa bulan terpaksa mengambil masa yang terlalu lama iaitu menjangkau 15 bulan. Dalam tempoh tersebut, kes kematian Beng Hock ini menjadi bahan politik yang disebarluaskan bukan demi mencari keadilan sebaliknya mencari sokongan politik khususnya di kalangan partiparti politik pembangkang.
Pelbagai polemik diwujudkan demi menyemai perasaan perkauman dan rasa benci masyarakat cina khususnya kepada kerajaan persekutuan dan agensi yang terlibat. Buktinya, ahli keluarga Beng Hock turut diseret ke arena kempen-kempen PRK seperti di Hulu Selangor dan Galas-Gua Musang bagi menagih "simpati" pengundi-pengundi di kalangan masyarakat cina.
Keputusan inkues telahpun kita ketahui. Malangnya bukan sahaja parti-parti pembangkang tidak merasa puas, malah pihak kerajaan persekutuanpun tidak merasa puas-sehinggakan pejabat Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan koroner Inkues itu.
Sayang-inkues yang ditubuhkan, perbicaran berbulan-bulan yang dijalankan, wang ringgit yang dibelanjakan hanya disifatkan "sia-sia". Nampaknya keputusan Hakim Mahkamah Koroner Azmil Muntaphana Abas-tidak mendapat pengiktirafan.
Sayang-pihak-pihak tertentu dalam kerajaan tidak dapat menterjemahkan kerosakan-kerosakan yang ditimbulkan selama inkues tersebut. Kini, kerosakan-kerosakan yang lebih banyak akan muncul, melalui SSD yang bakal ditubuhkan.
AYT sedar-melalui inkues tersebut tidak menemukan"sesiapa yang perlu dikambing hitamkan". Bagi AYT- sesiapa yang dikambing hitamkan tidak akan dijumpai, kerana kematian Teoh Beng Hock adalah kematian yang bukan dirancang oleh sesiapa. Kematian TBH adalah kematian "berurutan" kerana pertimbangan akal yang tidak terkawal semasa soal siasat. Akal manusia ada batasan-pada suatu ketika akan "jammed" kerana itu tindakan-tindakan seperti "melompat" tanpa perancangan atau dirancang oleh sesiapa akan berlaku.
Seharusnya selama inkues itu, pihak-pihak yang terlibat sepatutnya membantu koroner dalam siastan untuk menacri jawapan punca kematian Beng Hock, bukannya mempertahankan tindakan tidak betul termasuk apa yang dilakukan oleh si mati.
Inkues yang berpanjangan dan berlarutan sehingga berbelas-belas bulan memperlihatkan ketelusan, di mana semua pihak diberikan peluang dan kesempatan untuk menjelaskan punca dan sebab musabab kejadian.
Atas faktor ketelusan dan keadilan juga, adakala dilihat inkues ini diseret kepada isu-isu yang lebih berbaur politik sehinggakan ada perkara-perkara yang tidak kena-mengena dihidangkan untuk menyedapkan hujahan peguam-peguam yang terdiri dari ahli-ahli politik pembangkang.
Laporan hasil bedah siasat oleh pakar-pakar forensik kerajaan dan pakar daripada London dilihat tidak mampu menyaingi populariti dan kontroversi yang dicetuskan oleh "pakar" daripada Thailand. Nampaknya melalui inkues kematian TBH ini, populariti dan kontroversi dilihat menjadi keutamaan dibanding fakta-fakta saintifik.
Bagi AYT, selagi kes kematian Beng Hock tidak dinoktahkan, selagi itu akan terus menjadi mainan politik pembangkang-sehinggalah cita-cita mereka untuk mengubah kerajaan persekutuan yang ada tercapai dalam PRU-13 kelak.
Untuk itu, rakyat harus sedar dengan mainan kotor politik pembangkang ini. Selagi kes Beng Hock tidak selesai, maka persepsi negatif terhadap usaha-usaha kerajaan khasnya memerangi rasuah tidak dapat dilaksanakan secara sempurna.
Tergantung kepada rakyat-apakah menerima mainan kotor pembangkang ini? atau mainan ini perlu dinoktahkan dan menerima bahawa kematian TBH adalah satu SURATAN DAN TAKDIR.

No comments:
Post a Comment