Pengundi CINA Tenang telah memberi isyarat awal, bahawa kaum itu yang mengwakili 39 peratus pengundi Tenang akan menyokong dan mengundi caloon BN Azhar Ibrahim.
Keyakinan itu disuarakan oleh Mantan Wakil Rakyat Labis yang juga Persiden MCA.
Menurut Soi Lek, hanya menunggu 30 Januari-hari pengundian untuk meengsahkan sokongan kaum tionghua kepada BN.
"Mana lagi anda boleh dapati lebih 30 peratus pengundi Cina mengundi untuk BN pada pilihan raya umum lalu? Di Tenang, 43 peratus kaum Cina mengundi BN pada pilihan raya umum lalu," kata Timbalan Pengerusi MCA Johor Tan Kok Hong.
Tan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bekok dan Exco Negeri Johor, berkata pengundi Cina di Tenang nampaknya mula mesra dengan BN walaupun mereka dilihat "lebih pro-pembangkang" pada pilihan raya umum lalu.
"Kali ini, apabila kita turun padang, mereka nampaknya mesra dengan kita. Tiada jaminan bahawa petanda sedemikian boleh diterjemahkan kepada undi 100 peratus bagi kita, tapi sekurang-kurangnya ia adalah petanda positif," katanya sambil menambah bahawa jentera BN sudahpun mula bergerak, bekerja keras bagi menarik sokongan melalui satu pendekatan untuk berhubung dengan sekumpulan kecil pengundi pada satu-satu masa.
Tan juga berkata kerjasama di kalangan pelbagai unit dalam MCA seperti pasukan siber, publisiti dan pasukan pilihan raya adalah lebih baik, yang seterusnya meletakkan pekerja kempen dalam mod "propaganda pilihan raya yang kreatif" bagi menyentuh hati dan fikiran pengundi Cina.
Seorang pemimpin cawangan tempatan MCA, Cheong Kim Seng, juga bersetuju bahawa pekerja kempen MCA kini lebih bersemangat melalui petanda-petanda positif dari pengundi Cina kali ini.
Tinjauan rambang dengan beberapa pengundi ini menunjukkan bahawa mereka mula mesra dengan BN.
Sebagai contoh, pandangan penoreh getah Tay Kim Seng, 48, dari Kampung Air Panas: "Bagi saya, apabila Perdana Menteri berkata biasiswa awam akan diberikan kepada mereka yang mendapat keputusan 13A ( dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak kira latar belakang kaum, ini merupakan perubahan yang kita nanti-nantikan. Sebagai bapa, kita lihat ini adalah penting kerana bukan semua bapa mampu menghantar anak mereka ke universiti walaupun anak mereka mendapat keputusan yang baik," katanya.
Tindakan positif pemimpin tertinggi BN yang sedemikian memang diharap-harapkan oleh pekerja pilihan raya kerana respons positif sedemikian semakin bertambah apabila hari pengundian semakin dekat memandangkan kebanyakan pengundi Cina di Tenang melibatkan diri dalam pertanian.
Pendekatan inklusif yang digunapakai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghuraikan kebaikan meraikan kekayaan kepelbagaian rakyat Malaysia melalui konsep 1Malaysia, telah menambat hati ramai, malah melunakkan pengundi yang sebelum ini merupakan "pro-pembangkang".
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha dari BN pada 17 Disember. Sulaiman menewaskan Mohd Saim Siran dari PAS dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya pada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, dari BN dan bekas guru Normala Sudirman, 38, dari PAS.
Apapun yang diperkatakan mengenai masa lalu, satu perkara yang pasti dalam pilihan raya kecil ini -- saingan bagi mendapatkan undi diperhebatkan malah sebelum penamaan calon semalam di mana kedua-dua pihak tidak mahu mengambil mudah mengenai sesuatu perkara.
BN lebih fokus dalam kempen-kempennya dan ini membimbangkan barisan pembangkang dan menurut seorang pekerja pilihan raya pembangkang yang secara peribadi mengulas bahawa MCA nampaknya telah menggunapakai strategi yang betul yang digunakan buat pertama kali pada pilihan raya kecil DUN Galas di Kelantan pada 4 November tahun lalu.
"Mereka menganjurkan makan malam 1Malaysia bagi menyamai sesi cermaah dan juga makan malam dan dibuat dalam kumpulan yang kecil dan lawatan ulangan. Di Galas, strategi ini terbukti sangat berkesan memandangkan tidak ramai kita dapat jumpa," katanya tanpa mahu dikenali.
"Ini menjelaskan kenapa di saluran mengundi Cina di Galas, undi yang diperolehi oleh calon kita (PAS) jatuh dengan ketara. Kami percaya bahawa MCA menggunapakai strategi yang sama dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.
Sama ada MCA menggunakan formula yang telah membawa kemenangan atau sebaliknya, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak banyak mendedahkannya.
"Jika kita mahu mendedahkan kepada kamu strategi kami, maka tak ada lagi strategi," kata Dr Chua.

No comments:
Post a Comment