LIM Guan Eng putar alam di Tenang. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata Pakatan Rakyat kononnya membela rakyat sesuai dengan namanya.
“Pakatan Rakyat nak tolong dan jaga semua rakyat kerana Pakatan Rakyat berjiwa rakyat".
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Mesra Rakyat menjelaskan hanya Pakatan Rakyat sahaja yang benar-benar menolong dan menjaga kepentingan rakyat.
“Kita (dalam Pakatan Rakyat) Melayu boleh tolong Cina, Cina boleh tolong India, India boleh tolong Melayu, bukan Melayu tolong Melayu, Cina tolong Cina dan India tolong India,”
Beliau yang turut sama turun berkempen dalam PRK itu berkata, ini berbeza dengan BN dan parti komponennya seperti Umno, MCA dan MIC yang tidak membela kaum masing-masing.
"Umno sendiri terbukti gagal membela dan menjaga kepentingan kaum Melayu".
Tambahnya, hal ini berlaku juga dalam parti komponen BN, MCA dan MIC yang tidak menolong bangsa sendiri. Sebaliknya mengutamakan pemimpin masing-masing.
Justeru, beliau mengingatkan para pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang supaya mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala pada 30 Januari ini.
Calon PAS, Cikgu Mala yang turut berucap pada majlis itu berharap pengundi dapat memberikan sokongan kepadanya untuk membawa suara rakyat dalam Dun Johor.
Majlis yang dihadiri masyarakat Tionghua itu nyata sepakat menyatakan sokongan mereka kepada Cikgu Mala.
AYT bertanya pada Lim Guan Eng : Apa jadi dengan Kampung Buah Pala? Gerai-gerai Melayu Pulau Pinang dirobohkan. Kontrak-kontrak kerajaan diberikan pada konco-konco DAP. Ingat kah pendedahan MP Bayan Baharu- Datuk Zaharin Hashim?

No comments:
Post a Comment