Thursday, December 02, 2010

Subjek Sejarah mata pelajaran teras SPM diterima oleh semua pihak

Cadangan kerajaan agar supaya mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran teras pada peringkat Sijil pelajaran Malaysia (SPM)telah diterima baik oleh semua wakil-wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang.

Wakil rakyat Gombak Azmin Ali telah mewakili pihak pembangkang menerima cadangan pihak kerajaan itu. Namun, pihak pembangkang berkehendakkan agar sejarahwan yang mengumbal mata pelajaran itu perlulah terdiri daripada mereka yang benar-benar pakar sejarah dan tidak mempunyai niat lain, selain menuangkan fakta sejarah negara sebenar-benarnya.

Dalam ucapan Azmin Ali di dewan rakyat hari ini, pihak pembangkang tidak mempersoalkan hak-hak melayu dalam perlembangaan, malah menurut Azmin, Lim Kit Siang telah menerima islam sebagai agama rasmi negara ini.

Azmin mengatakan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat yakni Anwar Ibrahim-Lim Kit Siang dan Datuk Hadi Awang pada september 2009, telah menandatangi dekalarsi bahawa mereka menjunjung isi perlembangaan terutama artikel 153 perlembangaan persekutuan.

Pendirian Azmin itu sangat bercanggah dengan dengan pendirian Wan Azizah dan Azmin sendiri semasa memberi ucapan semasa Kongress PKR di Petaling Jaya minggu lepas, di mana Azmin sanggup dikatakan penghianat bangsa, asalkan kejayaan menghapus ketuanan melayu sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Pendirian Parti PKR tentang ketuanan Melayu, telah menerima bidasan dari semua pihak, bukan sahaja di kalangan penyokong atau mesra kerajaan, malah kaum melayu yang bersifat atas pagar.

Mereka khuatir, jika ketuanan melayu dihapuskan seperti mana perjuangan PKR, maka status kaum melayu kemungkinan akan dimuziumkan. Mereka takut, melayu akan lenyap sepertimana lenyapnya empayer Melaka.

No comments:

Blog Archive