Tuesday, December 28, 2010

Siapa Kata Anwar ADIL?

KALAU Anwar adil, tak kan beberapa wakil rakyat daripada PKR keluar daripada parti itu.

Kalau Anwar adil, tak kan peguam belanya sendiri Zukifli Noordin terpaksa dipecat daripada PKR kerana mengritik parti itu.

Kalau Anwar adil, tak kan Zaid ibrahim menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR dan seterusnya keluar daripada parti isteri Anwar itu.

Kini, tidak adilnya Anwar didedahkan pula oleh wakil rakyat PKR daripada Padang Serai- N Gobalakrishnan.

Gobala tanpa berselindung lagi, telah menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.

Malah Gobalakrishnan diarah tutup oleh seseorang yang "bukan" ahli PKR namun dilantik sebagai Naib Presiden PKR- Surendran.

Surendran adalah peguam hak asasi manusia yang sebelum ini dinamkan oleh blogger RPK sebagai calon Third Force untuk PRU-13 akan datang.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.

No comments:

Blog Archive