Semuanya datang daripada maha pencipta. Manusia yang mampu merancang, namun juga Tuhan yang menentukan.
Sebelum ini ramai pengamat politik mahupun juga ahli politik malah ramai juga pemimpin berkata, bahawa PRK Batu Sapi-Sandakan Galas-Gua Musang merupakan PRK terakhir sebelum Najib membubarkan dewan rakyat bagi memberi ruang kepada PRU-13.
Namun pagi tadi kita dikejutkan dengan perginya ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.
Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.
Menurut bekas ahli parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahli politik Johor itu akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Labis hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.
Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.
Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.
Untuk rekod Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.
BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Al-Fatihah untuk keluraga Allahyaraham

No comments:
Post a Comment