Monday, December 27, 2010

Perlantikan SUK bukan lantikan POLITIK: Khalid Ibrahim tiada hak pertikai

TIDAK akan Ketua Setiausaha negara mengumumkan sesuatu perlantikan pada sesebuah negeri, jika beliau tidak mendapat perkenaan Sultan.

Pengumuman oleh Tan Sri KSU Negara Tan Sri Sidek Hassan, bahawa Pengarah JAIS Selangor Datuk Khusrin Munawi telah dilantik sebagai SUK Selangor berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Namun,Kerajaan negeri Selangor menegaskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, yang diumumkan oleh Putrajaya pagi tadi, sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor yang dikeluarkan kira-kira tiga jam selepas pengumuman Ketua Setiausaha Negara berkata, cadangan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Ini kali pertama kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan situasi itu selepas mengambil alih pentadbiran ekoran keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Pelantikan itu dikhuatiri akan menimbulkan konflik memandangkan Khusrin didakwa lebih cenderung kepada pentadbiran Najib.

Kelantan pimpinan PAS pernah berhadapan dengan situasi sedemikian ketika awal pemerintahan selepas menang pilihan raya umum 1990.

Dalam pada itu, tambah kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temu duga sejajar dengan nota amalan.

“Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

“Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan,” katanya.

Sehubungan itu, jelas kenyataan tersebut, Menteri Besar akan menghadap Sultan Selangor Rabu ini. Dalam satu kenyataan menerusi Bernama pagi tadi, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuat kuasa 1 Januari.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Tempat Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah SabakBernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Mohd Sidek lagi.

No comments:

Blog Archive