Pilihan raya umum terakhir diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.
Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.
“Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal,” katanya.
Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.
Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun “medan pergelutan politik”.
Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” kata Presiden Umno itu.
Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
No comments:
Post a Comment