Friday, December 03, 2010

Bagi Anwar Lim Kit Siang sahaja layak jadi TPM

Bagi Anwar Ibrahim, hanya Lim Kit Siang sahaja layak jadi TPM jika pakatan 3 parti DAP-PAS-PKR menang dalam PRU-13 akan datang.

Para pemimpin islam dan melayu dalam PAS seperti Datuk Hadi Awang, Nasrudin Mat Isa atau Hussam Musa, semuanya tidak layak, apatah lagi.. para pemimpin melayu dalam PKR.

Anwar memperjudikan nasib pemimpin melayu baik daripada PAS mahupun PKR dengan mencadangkan agar Lim Kit Siang menjadi TPM jika Pakatan mengalahkan BN pada PRU-13.

Anwar terpaksa membuat janji politik walaupun bercanggah dengan hati kecilnya, demi mendapatkan sokongan kaum cina.

Namun, Anwar telah silap, tidak semestinya memberi jawatan TPM kepada Lim Kit Siang, maka kaum cina akan memberi sokongan padu kepada calon-calon Pakatan.

Di sini lah keselipan besar Anwar. Kesilapan Anwar ini, hampir sama dengan keselipan Datuk Yong Teck Lee Persiden SAPP yang telah keluar daripada BN selepas PRU-12 dan bertanding pula pada PRK Batu Sapi-Sandakan baru-baru ini, namun telah kalah teruk.

Telah ditakdirkan, bahawa Anwar mengumumkan bahawa dia akan melantik Lim Kit Siang sebagai TPM, jika PR menguasai dewan rakyat. Dengan pengakuan awal ini, maka kini kaum melayu dan majoriti serta kaum cina dan india telah mengetahui dari awal-awalnya,pendirian Anwar sebenarnya.

Melalui pengakuan Anwar itu,sebahagian besar pemimpin melayu di pihak pembangkang telah merasa tertipu, malah Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa mengatakan bahawa perlantikan Lim Kit Siang sebagai TPM tidak pernah dibicangkan di semua peringkat, baik dalam PAS mahupun Pakatan. Atas sebab itu, cadangan Anwar itu hanya pendapat pribadi Anwar.

No comments:

Blog Archive