Ahli Umno digesa supaya jangan membuat spekualsi mengenai penangguhan pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan tahun depan.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesa, ahli Umno jangan terikut-ikut rentak pembangkang, di mana pembangkang membuat berbagai andaian, yang kononnya penangguhan pemilihan parti ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13.
Selepas sahaja mesyuarat Majlis tertinggi parti awal minggu ini, Presdien parti Datuk Najib mengumumkan bahawa sebab-sebab penangguhan pemilihan itu adalah agar supaya para pemimpin Umno di semua peringkat menumpuhkan masa untuk memperkuat parti.
Peranan para blogger mesra Umno, sangat diambil berat, kerana masa kini, saluran maklumat tidak lagi terhad kepada media arus perdana, namun ledakan media boleh diakses di mana jua.
Timbalan Perdana Menteri itu, sangat menghargai peranan para bloger mesra BN, kerana sumbangan mereka secara sukarela, merupakan penyalur suara akar umbi.
No comments:
Post a Comment