Saturday, December 04, 2010

3A Pengkhianat Melayu

Anwar tiada pilihan, melainkan terpaksa memancing undi kaum cina dan india dengan mencanangkan menghapuskan "ketuanan" melayu melalui isterinya semasa membuka persidangan PKR minggu lepas.

Anwar sedar bahawa pimpinannya dan PKR telah kehilangan kewibawaan bermula dengan pembohongan "gerakan 16 September" yang telah gagal. Gerakan 16 September Anwar menyamai Gerakan 30 September PKI Indonesia(G30SPKI) yang juga telah gagal pada tahun 1965.

Di samping itu ramainya para wakil rakyat PKR baik ADUN mahupun MP telah keluar daripada parti itu selepas PRU-12 lalu, atas sebab telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti terutama Anwar sendiri.

Kelemahan Anwar dan parti pimpinan isterinya itu telah terbongkar dengan seluas-luasnya, apabila penipuan dan penyelewengan yang berlaku semasa pemilihan MPP parti selama sebulan yang bermula pada hujung Oktober dan berakhir di hujung bulan November,2010.

Yang peliknya walaupun Anwar mengetahui dengan jelas penipuan dan penyelewengan itu, namun Anwar tidak mahu mencegahnya, malah dikatakan Anwar terlibat sama dalam proses itu.

Disebabkan kelemahan-kelemahan semasa pemilihan MPP PKR itu dan penipuan dan penyelewengan yang berleluasa, walaupun telah diberi teguran, namun Anwar dan pucuk pimpinan PKR tidak menghiraukannya, maka memaksa pemimpin berprinsip Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya keluar daripada parti itu.

Zaid semasa menyertai PKR 18 bulan lalu, disambut sebagai HERO dan atas sebab itu dipilih sebagai calon PRK Ulu Selangor dan penyelaras PKR Wilayah Persekutuan.

Kini, Anwar telah sedar sepnuhnya bahawa sokongan kaum melayu telah merundum; bukti nyata apabila "ahli" PKR sendiri telah menolak parti itu sendiri semasa proses pemilihan parti dan konvensyen parti itu baru-baru ini.

Selama proses pemilihan,kurang daripada 10% ahli itu keluar mengundi pucuk pimpinan, dan semasa konvensyen parti itu di Petaling jaya, hampir separuh kerusi di dewan MBPJ itu kosong.

Dengan melihat keadaan itu, Anwar sedar bahawa impiannya menawan Putrajaya kini hanya tinggal angan-angan. Anwar juga sedar bahawa sokongan rakyat Sabah (salah satu penentu kemenangan pada setiap PRU) tidak berpihak kepadanya (bukti nyata adalah PRK Batu Sapi Sandakan) di mana calon PKR kalah teruk semasa pilihan raya kecil itu.

Berasaskan kepada keadaan ini. Anwar seolah-olah telah kehilangan punca, oleh sebab itu Anwar terpaksa memperbaharui GIMIK politiknya dengan meminta isterinya mengeluarkan kenyataan melalui ucapan dengan menghapus ketuanan melayu di tanah melayu sendiri.

Anwar dan Wan Azizah serta penyokong membuta tuli mereka Azmin Ali, lupa bahawa "ketuanan" melayu telah wujud di tanah melayu ini telah berkurun lamanya. Semasa pra kemerdekanpun, penjajah telah mengiktiraf ketuanan melayu, kerana itu, pengubal undang-undang negara ini yang terdiri daripada penjajah telah memperakui bahawa negara ini adalah tanah melayu, sebab itu melalui artikel 153 perlembagaan terpahat hak-hak melayu.

Namun mereka yang telah mendapat manafaat mengenai ketuanan Melayu itu, kini menjadi sebagai penderhaka,penglhianat dan pembelot, serta seperti kacang lupakan kulit.

Anwar, kerana angan-angannya menjadi Perdana Menteri yang tidak kesampaian, terpaksa melahirkan GIMIK menarik kaum cina dan india para penyokong DAP dan simpatisannya dengan menyatakan bahawa jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka Lim Kit Siang lah Timbalan Perdana Menteri, bukan Hadi Awang atau sesiapa yang bernama melayu.

No comments:

Blog Archive