Saturday, December 04, 2010

Melayu Pakatan: Peduli apa orang melayu tinggal di reban ayam-reban kambing

ADA segelintir orang melayu sudah malu mengaku diri mereka melayu. kata Sultan Selangor.

Baginda telah menyampaikan titah mengenai keadaan orang melayu tepat masanya dan wajar difikirkan oleh orang melayu.

Sudah nampak orang melayu yang inginkan sokonbgan bukan melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa melayu tidak lagi penting.

Tujuan segelintir melayu ini tentulah berbau politik. Dalam kucar kacir yang berlaku dalam arena politik kumpulan ini, adalah tidak menghairankan kerana mereka telah menghalalkan cara, demi mecapai cita-cita politik.

Para pengikut taksub mereka, terpaksa mengangguk dan tidak mampu bersuara kerana takutkan mereka tidak mendapat tempat dihati para pemimpin mereka, yang dikatakan tidak bvoleh disentuh, kerana visi mereka telah jelas, bahawa hanya cara itu sahaja untuk mengalahkan barisan nasional.

Para pengikut taksub ini, tidak peduli lagi penghinaan terhadap bangsa mahupun agama, kerana menurut mereka orang melayu kini tidak lagi perlu bantuan atau pembelaan, kerana kemajuan setiap rakyat itu terletak ditangan rakyat itu sendiri.

Bagi mereka, tidak mengapa kalau orang melayu ketinggalan jauh ke belakang bangsa lain. Tidak mengapa kalau keadaan ketidak samarataan ini berlanjutan sampai bila-bila demi mencapai cita-cita politik.

Kini, siapa yang memperjuangkan kepentingan melayu dianggap ketinggalan zaman, kerana itu rungutan orang awam sepertimana tercatit pada Biro pengaduhan awam terus meningkat. kerana menigkatnya keangkuhan penjawat awam.

Keadaan semasa menunjukkan bukan saja jurang antara orang melayu dengan bangsa lain masih luas tetapi jurang sesama orang melayu sendiri semakin meluas. Lihat sahaja bagaimana keadaan orang melayu/bumiputera Sabah dan Sarawak dibanding dengan orang melayu di tanah besar. PRK Batu Sapi-Sandakan baru-baru ini membuka mata kita semua.

Bagi segelintir kaum melayu yang berjuang menghapuskan ketuanan melayu, mereka berhujah, Amerika serikatpun, India, Indonesia masih ramai rakyat mereka yang tidur di bawah jambatan, depan hotel-hotel dan sebagainya. Jadi apa yang pelik dan hairan, jika orang melayu tinggal dalam reban ayam atau reban kambing, sekurang-kurangnya lebih baik dibanding bawah jambatan. Fikir-fikirkan lah

No comments:

Blog Archive