Wednesday, November 17, 2010

PRU-13 mengejut?

Ada kemungkinkah Pilihan raya Umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarwak? Mandat rakyat untuk kerajaan Sarawak akan berakhir secara otomatik pada julai depan, sementara mandat kepada kerajaan persekutuan akan berakhir pada Mei 2013.

Namnu perkembangan akhir-akhir ini yang agak positif kepada BN, kemungkinan PRU-13 akan dipanggil lebih awal.

Keadaan persekitaran ekonomi yang membaik, terutama indeks bursa saham, yang naik pada paras tertinggi( mencecah 1,500 mata) yang pernah dialami bursa itu, petunjuk ke arah PRU lebih awal ada kebenarannya.

Kemenangan BN di PRK Galas-Kelantan dan Batu Sapi-Sabah memberi petunjuk awal, bahawa kerajaan BN sudah pulih daripada bencana tsunami politik tahun 2008.

Dalam perkembangan lain-Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bersidang Sabtu ini, dijangka akan membincangkan rangka strategi persediaan awal di sebalik spekulasi bahawa perikatan itu sedang mula bersiap sedia untuk memanggil pilihan raya umum tergempar, awal tahun depan.

Sumber-sumber BN memberitahu, beberapa bulan akan datang dilihat sebagai tempoh amat penting dengan mengambil kesempatan ke atas perkembangan politik semasa termasuk persekitaran melanda Pakatan Rakyat khususnya PKR ekoran tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

Spekulasi menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 untuk mendapatkan mandat segar pada separuh pertama tahun depan dan sesi Dewan Rakyat semasa adalah yang terakhir.

BN juga dijadual mengadakan konvensyennya tahun ini.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini telah mengumumkan akan melepaskan jawatannya awal Januari manakala pucuk kepimpinan tertinggi Umno pula akan memulakan siri pertemuan dengan ahli dan penyokong mereka di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Umno juga akan mengumumkan perubahan barisan kepimpinan negeri khususnya di lima negeri yang diterajui oleh lima pemimpinan tertinggi parti termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia dijangka akan diketahui 26 November ini.

Baru-baru ini Gerakan juga mengumumkan bahawa ia akan mengenal pasti barisan bakal calonnya awal tahun depan dan nama-nama awal akan diperkenalkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Mesyuarat Sabtu ini juga diadakan di sebalik tumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Muhyiddin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

Pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

No comments:

Blog Archive