Calon PRK Batu Sapi.Ansari (berbaju batik) Datin Linda Tsen dan Yong Teck Lee
Seperti dijangkakan, pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.
Senarai calon pilihan raya kecil pada 4 Nov itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain, yang juga Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, di pusat penamaan calon Dewan Komuniti Sandakan.
Mohamad Hamsan menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon selepas tiada isu dibangkitkan semasa tempoh bantahan selama sejam.
Ansari mendahului calon-calon lain apabila tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.
Ribuan penyokong hadir berkumpul seawal pukul 5.45 pagi untuk mengiringi calon masing-masing.
Dengan penuh bersemangat, mereka kedengaran melaungkan slogan parti masing-masing namun berdisiplin mematuhi arahan pihak berkuasa.
Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong BN bersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong mengiringi calon parti itu, Tsen di pusat penamaan itu.
Antara pemimpin parti komponen BN adalah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan wakil-wakil parti komponen.
Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Chong. Pada pilihan raya umum 2008, Chong mendapat 9,479 undi menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Sementara itu, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengiringi Ansari manakala Yong, yang merupakan calon SAPP, mengetuai sebilangan kecil penyokong ke pusat penamaan calon itu.
Melihat penamaan calon hari ini, dua pencabar utama BN, mempunyai harapan yang sangat tipis.
Datuk Yong Teck Lee sebelum penamaan calon hari ini telah mengembar gemburkan akan diiringi ribuan penyokongnya, tetapi semua itu tidak terbukti di tempat penamaan calon. Demikian juga penyokong yang mengiringi calon PKR Ansari Abdullah, walaupun diketuai oleh Persiden PKR sendiri, nampaknya sambutan terhadap pencalonan Ansari kurang mendapat sambutan.
Jika pengundian dijalankan hari ini, telah pasti pemenangnya adalah Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN.
Di antara dua calon pembangkang, kemungkinan besar Yong Teck Lee mendapat undi tercurut. Ramai pengundi mengatakan bahawa zaman Yong telah berlalu. Pencalonan Yong pada PRK kali ini adalah titik tolak kehancuran parti itu, demikian dakwa pengamat politik tempatan.
Ansari pula bukan lah calon yang digemari di Sandakan. Calon PKR itu tidak mempunyai sebarang rekod yang boleh dihandalkan, selain rekod suka mewakili sesiapa sahaja di mahkamah, asalkan orang itu menentang kerajaan. Ansari adalah peguam bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Chong Kah Kiat, yang melawan kerajaan kerana isu Mazu (dewa laut) di Kudat Sabah.
Selain tiada trek rekod bagi calon PKR itu, pencalonannya juga ditentang sebahagian besar penyokong PKR Batu Sapi. Pencalonan Ansari yang dipilih oleh Anwar sendiri adalah untuk menamatkan masa depan Ansari dalam arena politik. Ansari adalah pemimpin yang tidak laku di tempat asalnya Tuaran, apatak lagi di kawasan lain.
No comments:
Post a Comment