Sunday, September 19, 2010

Pembunuhan Sosilawati:Tahanan reman suspek utama dan adiknya serta seorang lagi disambung hingga 25 September

:Majistret Mohd Azeli Ibrahim membenarkan reman ke atas ketiga-tiga mereka dilanjutkan selama seminggu sehingga 25 September ini, selepas reman terdahulu berakhir semalam.

Perintah reman itu disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, difahamkan, terdapat dua individu lelaki hadir ke pusat tahanan itu pada awal pagi dan seorang daripadanya yang memakai kot, mendakwa diri sebagai rakan serta peguam kepada suspek utama.

Kedua-duanya bagaimanapun beredar dari pekarangan pusat tahanan sebelum ketiga-tiga suspek dibawa masuk ke bilik mahkamah.

Sebelumnya, lima suspek lain disyaki terlibat dalam pembunuhan sama, turut disambung reman sehingga 23 September ini untuk siasatan lanjut.:

No comments:

Blog Archive