Sunday, September 19, 2010

Apa Kaitan T. Murugiah dengan suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati?

Berikutan penyiasatan kes bunuh dan bakar di Banting, timbul beberapa penemuan baru yang selama ini tidak disedari dan yang paling utama ialah penemuan beberapa kes orang hilang yang dikesan mempunyai kaitan dengan Dato'Pathmanabhan a/l Nalliannen, suspek utama pembunuhan serta beberapa kes pembunuhan bersiri yang juga mula dikaitkan dengan suspek.

Penemuan penemuan baru ini yang sebelumnya semacam terabai begitu sahaja mengejutkan banyak pihak dan sekaligus memberikan polis lebih banyak ruang untuk mendakwa suspek terbabit.

Terbaru; nyaris 3 Datuk daripada Selangor menjadi mangsa. Datuk terbabit telahpun membuat laporan di IPD Ulu Langat semalam.

Penemuan penemuan ini juga menunjukkan Dato' Pathmanabhan a/l Nalliannen merupakan penjenayah yang paling licik dan paling bahaya pernah beroperasi di Malaysia.

Suspek juga dikesan merupakan seorang broker yang berprofile tinggi dan multi nasional yang turut dikatkan dengan LTTE.Tetapi masih ada yang tertinggal kerana sehingga kini tidak timbul langsung nama VIP yang disebut di awal penyiasatan.

Apa yang dapat diperhatikan sekarang ialah penonjolan reputasi jenayah dato' peguam tersebut.

Dari penemuan yang didedahkan sehingga kini, dato' tersebut merupakan seorang penjenayah yang licik dan bahaya menipu mangsa dan kesemua hasil jenayah yang dikaitkan dengannya dinikmati oleh dato' tersebut tanpa adanya kelibat pihak lain.Itu apa yang didedahkan kepada umum sehingga kini.

Tidak langsung dikaitkan dengan mana mana VIP, tiada langsung disebut kemungkinan suspek hanya seorang "RUNNER" kepada mana mana VIP, sedangkan di awal penyiasatan sudahpun didedahkan kemungkinan itu.

Tiada juga penafian yang didengar sehingga kini.Namun beberapa keraguan dalam kes pembunuhan tetap kelihatan.Antaranya kenapa Datuk Sosilawati perlu berjumpa suspek untuk menguruskan penjualan tanah miliknya sedangkan beliau mempuyai peguamnya sendiri yang turut dibunuh?

Kalau suspek dijanjikan bayaran komisyen kerana berjaya mencari pembeli tanah milik mangsa, kenapa komisyen itu tidak dibayar melalui peguamnya saja?Apa perlu mangsa pergi ke Banting untuk bertemu dengan suspek.

Bukankah ini langkah luar biasa bagi seorang jutawan dan ahli perniagaan menguruskan urusniaganya?Atau mungkin ada sebab lain yang tidak dinyatakan atau didedahkan?

Begitu juga penglibatan seorang pegawai bank dari cawangan.Untuk apa pegawai bank turut serta dalam urusniaga yang tiada kaitan langsung dengan hubungan pelanggannya dengan mangsa dan kenapa pegawai bank itu pergi menyertai perundingan urusniaga di luar waktu pejabat?

Inilah antara keraguan yang masih belum terjawab dan keraguan lain ialah kenapa kereta mangsa mangsa yang dibunuh ditemui di tempat berlainan walaupun disebut bahawa mangsa pergi ke Banting dengan kereta masing masing?

Semakin kes ini disiasat semakin terdedah perlakuan jenayah yang sudah lama dilakukan suspek sedangkan sebelum ini kes kes tersebut semacam di "cold storage" atas alasan ketiadan clue, tetapi selepas pembunuhan kejam di Banting satu demi satu clue timbul.

Tujuan mungkin mahu menunjukkan kejam dan ganasnya suspek dan tiada siapa yang mengarahkannya.Tetapi semakin mahu ditunjukkan suspek dengan reputasi jenayahnya, semakin kuat tanda tanya penglibatan VIP tertentu dan motif pembunuhan yang melampaui urusan bisnes semata mata.

Pembunuhan pegawai bank yang meninggalkan anak yang masih kecil mungkin bukan kerana kebetulan beliau bersama Datuk Sosilawati tetapi sudah diputuskan oleh perancang atas sebab sebab yang lain dari urusniaga penjualan tanah semata mata.

Sementara itu ada desas-desus bahawa pihak polis telah melakukan pemeriksaan di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah dan klinik milik isterinya. Apa kah hubungan suspek utama dengan Timbalan menteri tersebut?

Jumaat lepas, Murugiah telah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan beliau dengan seorang peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Murugiah sebelum itu memberitahu media bahawa suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan lain yang disampaikan beliau kepada masyarakat Orang Asli pada satu majlis di Banting pada 8 September lalu.

Sementara itu seorang rakan baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, di Bukit Mertajam Pulau Pinang semalam.

Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.

Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita mengenai kejadian itu dan bergegas ke kediaman Sarina, tetapi mendapati mayat sudah diturunkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Sarina yang mempunyai empat anak berusia 16 hingga 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya adalah usahawan kosmetik berjaya di negeri ini. Selepas bercerai dengan suami pertama, Sarina bernikah kali kedua lima tahun lalu.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, berkata beliau yang ketika itu berada di Kuala Lumpur hanya mengetahui mengenai kematian ibunya selepas dimaklumkan adik perempuannya lalu bergegas pulang dari ibu negara.

Beliau yang kali terakhir bertemu Allahyarham petang kelmarin, berkata ibunya mungkin letih bekerja dan mengalami tekanan.

“Kejadian yang membabitkan Datuk Sosilawati amat menyedihkan ibu saya berikutan mereka sangat rapat selepas berkawan lama dan sama-sama terbabit dalam perniagaan produk kecantikan,” katanya.

No comments:

Blog Archive