Wednesday, September 01, 2010

Berita gempar politik Sabah

Berita gempar politik Sabah. Perkembangan baru ini ada kaitan dengan kenyataan Timbalan presiden LDP-Sabah minggu lalu yang menyatakan bahawa parti itu tidak boleh lagi berkerjasama dengan pengerusi BN Negeri Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Salleh mendedahkan bahawa ada parti ke-3 bersekongkol dengan LDP menjatuhkan Musa Aman.

Hari ini Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti LDP.Pang adalah naib presiden parti berkenaan.

Dengan perkembangan ini, keadaan politik Sabah yang dikatakan sebagai fixed deposit BN goyah.

Pimpinan negeri yang diketuai Musa Aman sejak akhir-akhir ini mendapat hentaman daripada komponen parti.

Sebelum kenyataan pedas daripada LDP, presdien UPKO juga ada membuat kenyataan bahawa konsep 1Malaysia Najib mendapat tentangan daripada Umno sendiri.

No comments:

Blog Archive