Wednesday, September 01, 2010

Berhadas besar atau non-muslim masuk ruang solat boleh; asalkan individu itu pemimpin

Demikianlah kata Nik Aziz. Zaman ini zaman moden, atas sebab itu walaupun seseorang itu dalam keadaan hadas besar dan bukan islam boleh masuk ruang solat asalkan dipersilakan ke situ.

Nik Aziz membuat hujah demikian ketika MP Serdang menemuinya apabila isu kontraversi penggantungan AJK surau Al-Huda tersebut oleh Majlis agama islam Selangor, ekoran kejadian "takzirah" Teo Nie Ching di ruang solat surau tersebut pada 22 Ogos lalu.

Dalam perkembangan yang sama MP Seputih Teresa Kok meminta Hishammudin meminta maaf kepada 1Malaysia kerana memberi komen, bahawa sesuatu yang amat malang bagi seseorang yang dalam keadaan Hadas besar dibenarkan masuk dan mencemarkan tempat beribadat bagi umat islam.

Bagi AYT sesuatu yang amat malang bagi umat islam di negara ini, apatak lagi, dalam bulan ramadahan yang mulia ini apabila berlaku pencemaran tempat beribadah umat islam. Namun yang amat mengelirukan bahawa orang yang mengganggap dirinya tokoh islam, yakni Tok guru Nik Aziz bahawa perbuatan itu dibolehkan, kerana zaman telah berubah.

Akan kah "pembolehan" yang ada kaitan dengan hukum-hakam islam selepas ini? Ada kemungkinan kah benda-benda haram kepada umat islam yang diharamkan akan dibolehkan kerana zaman telah berubah?

Turur dilaporkan bahawa Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perkembangan isu Teo amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata "kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil", lepas ini apa lagi "bala" nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Walaupun Hishammuddin menggunakan perkataan "berhadas besar", versi Inggeris agensi berita itu melaporkannya seagai "dirty" (kotor) dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teresa yang juga ahli parlimen Seputih dan setiausaha publisiti DAP berkata menteri berkenaan harus segera menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf kepada Teo atau gagasan "1Malaysia akan selamanya hilang kewibawaan di mata rakyat"

No comments:

Blog Archive