Saturday, June 12, 2010

Muktamar Pas Di Kota Bharu: PAS For ALL Tidak Mendapat Sambutan

Walaupun mula membuka ruang yang lebih besar kepada penyertaan bukan Islam, PAS sebagai sebuah parti berteraskan sokongan Melayu dilihat masih tercari-cari arah bagi menyesuaikan diri dengan realiti baru itu.

Ia tergambar dalam perbahasan perwakilan dalam muktamarnya hari ini, antaranya apabila mereka masing-masing menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan orang Melayu.

Perwakilan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau risau dengan keghairahan PAS mendapatkan sokongan bukan Islam dan pengundi baru menyebabkan sokongan tradisinya merosot.

Sementara itu, perwakilan Terengganu Saiful Bahari Mamat pula mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bersama mereka sebagai agen baru parti itu

"Sebagai penyampai lidah parti, sampaikan tentang keadilan bagaimanana Islam menguruskan negara ini, bagaimana Islam pernah mentadbir di India dan Cina," katanya.

Bagaimanapun, Saiful Bahari mengingatkan jangan sampai terjadi fenomena "keluar PAS sama banyak dengan yang masuk " ekoran "mainan politik" pihak-pihak seperti Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK).

No comments:

Blog Archive