Saturday, June 12, 2010

Kini Pas Terima Calon Bukan Islam: Pertanda Tak Yakin Pada DAP dan PKR

Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan telah menerima bahawa calon bukan islam boleh diletakkan sebagai calon untuk mewakili parti itu. Perkembangan itu adalah pertanda bahawa PAS kurang yakin terhadap DAP dan PKR dalam mengayom calon bukan islam, yang biasanya diwakili oleh DAP dan PKR.

PAS curiga terhadap calon-calon yang mewakili PKR kerana perkembangan mutakir yang menyebabkan kerajaan Pakatan Perak rebah disebabkan keluarnya ADUN DAP dan PKR.

Desas-desus yang mengaitkan wakil rakyat Kedah daripada DAP dan PKR kononnya akan keluar dan menyebabkan kerajaan PAS Kedah terpaksa membuat perjumpaan terbuka dan memaksa wakil-wakil rakyat itu menentukan pendirian mereka, samada setia bersama Pakatan atau sebaliknya.

Isu akan keluarnya 3 adun PKR yang masih merupakan exco kerajaan PAS Kedah belum reda, walaupun 3 ADUN itu telah membuat pengakuan baru-baru ini, bahawa mereka akan tetap bersama parti mereka, yakni PKR.

Dalam perkembangan lain, Haji Hadi Presiden PAS untuk sementara waktu terpaksa melupakan kerjasama dengan UMNO kerana terpengaruh dengan keputusan PRK SIBU Sarawak dimana DAP berjaya merampas kerusi tersebut daripada parti kaum cina Sarawak, parti SUPP.

Melihat kepada kemenangan itu, Hadi Awang merasakan bahawa PAS mula diterima oleh kaum cina, kerana itu PAS katanya akan terus komited kepada Pakatan DAP-PKR dan PAS.

Hadi melihat kemenangan melalui SIBU Sarawak, maka matalamat Pakatan untuk ke Putrajaya akan berjaya melalui Pakatan.

Dengan mengambil contoh beberapa pilihan raya kecil sejak dua tahun lalu, terutama yang terbaru di Sibu, Sarawak, Hadi berkata pengalaman daripadanya menunjukkan dasar PAS boleh seiringan dengan Pakatan, dan bahkan mampu untuk memperluaskan lagi sokongan.

No comments:

Blog Archive